Skip to content

Keyraa Sidin

Stories of motherhood, self-love and all things in between.

Menu
  • Home
  • About Me
  • Contact Me
Menu

Review Buku “Macam Mana Kalau, Kali Ini Kita Berjaya?”

Posted on June 19, 2025June 19, 2025 by keyraa sidin

Setelah 8 bulan jadi first time mummy ni finally I managed to finish read a book! Fuhh. Betapa strugglenya nak start baca balik. Everytime nak start baca buku mesti rasa macam ada something yang menghalang (bukan momok yer) tapi perasaan malas. Hehehehe. Kadang-kadang nak sesuaikan diri managed baby yang setiap hari ragam dia berubah-ubah. Pening juga kita (sorry Saif, mummy bagi alasan sebab Saif mummy tak baca buku 😆)

Banyak sebenarnya buku yang tbr (to be read) tapi akhirnya hati ni memilih untuk baca “Macam Mana Kalau, Kali Ini Kita Berjaya” by Dr. Ashraf Rostam. Buku ni saya beli masa PBAKL2024. Banyak lagi buku beli PBAKL last year tak habis baca lagi. Tahun ni punya PBAKL pun ada juga saya beli. Harapnya boleh la habiskan semua tu tahun ni. Hehehehe.

Macam Mana Kalau, Kali Ini Kita Berjaya
Macam Mana Kalau, Kali Ini Kita Berjaya

Buku yang setebal 198 mukasurat ni saya berjaya habiskan dalam masa seminggu juga. Saya try baca bila Saif tengah nap siang. Okay back to our main point, let’s review!

Kenapa saya pilih buku ini?
Bila saya baca sinopsis buku ni, saya rasa sangat relatable dengan apa yang saya pernah rasa. Mesti kita semua ada cita-cita kan? Tapi dalam kita tengah berusaha mengejar cita-cita tu tiba-tiba kita rasa macam benda yang kita buat tu tak sesuai dengan kita. So, kita mula berfikir “betul ke apa yang aku tengah buat ni?”, “rasa macam tak boleh go laa dengan kerja ni, tak kena dengan jiwa”. Padahal dulu kiat bersemangat nak kejar impian tu.

Kita jadi dilema sama ada patut teruskan atau hentikan atau beri peluang kedua untuk diri sendiri.

Buku ini sangat dekat dengan diri saya as a new mom, wife dan juga anak. Dulu saya decided untuk berhenti kerja as engineer kemudian try buat bisnes dan kemudian jump into corporate life in sales pula. Dan sekali lagi saya decide untuk berhenti dan try bisnes semula dan pada masa sama saya diberikan rezeki untuk mengandung. Sekarang saya fokus untuk uruskan keluarga dan perlahan-lahan bangunkan semula bisnes kecil.

Buku ni buatkan kita rasa macam dia tengah genggam tangan kita perlahan-lahan dan cakap, “Tak apa, at least kau dah try buat.”

Apa yang menarik dalam buku ini?
✔︎ Gaya penulisan yang santai, tak berat tapi sangat memberi kita motivasi.
✔︎ Setiap bab, Dr Ashraf macam tengah guide kita satu per satu apa yang perlu kita buat. Macam dapat personal coaching.
✔︎ Tak ada judgement. Rasa difahami.

Saya sangat suka bila Dr Ashraf cakap:
” Umpama kehidupan seekor rama-rama, kecantikannya dilihat dan dipuji namun segala proses perubahan ke arah memiliki kecantikan itu tidak disedari oleh sesiapa”

Ya Allah..betul-betul kena dekat hati. As a new mom, banyak perubahan yang saya lalui. Perubahan secara fizikal, emosi, dan kehidupan. Ramai yang nampak senyuman kita sedangkan proses “menjadi” tu kadang kala penuh airmata, penat dan sunyi. Kadang-kadang rasa hampir nak give up!

Ada 6 bab dalam buku ni. Bab yang paling saya suka ialah bab 4 : “Apakah yang aku patut buat?”. Dr Ashraf ada menulis mengenai cara berfikir seperti Thomas Edison. Kita menyelami cara berfikir seorang saintis dan kita boleh praktikkan dalam fasa kita untuk berjaya. Dalam kita tidak sedar sebenarnya kita telah banyak melakukan eksperimen dalam kehidupan kita sejak kecil. Tukar hala tuju, cuba benda baru, buat silap dan belajar semula Bab ini buat saya sedar yang setiap percubaan itu bukan kegagalan, tapi proses menjadi.

Buku ini sesuai untuk siapa?
🌷 First time mom yang tengah struggle mencari diri sendiri.
🌷 Sesiapa yang suka baca buku refleksi diri dan motivasi.
🌷 Sesuai untuk students yang baru lepas graduate.
🌷 Sesiapa yang tengah rasa kenapa buat semua benda tak menjadi.

Buku ni beri kita nafas dan ruang untuk percaya semula diri kita. Jangan takut untuk bagi peluang kedua untuk diri sendiri. Setiap perkara yang kita nak buat tu mesti akan ada halangan dan cabaran. Jangan gentar juga untuk alami kegagalan kerana dari kegagalan itu membuatkan kita akan terus bangkit dan berjaya.

Semoga kita semua berjaya dalam apa juga perkara yang kita lakukan.

Amin.

Category: Book, Motherhood, Motivation, Self-help

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hi, I’m Keyraa. A Malaysia based first time mom and a storyteller behind this blog. 

I started this blog as a little cozy corner to document my motherhood journey with Saif, books that I have read, share baby food recipes, self-improvement, and maybe sneak in a little travel or café hunting story once in a while.

© 2025 Keyraa Sidin | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme