Hi mommies and daddies!
Mesti ramai yang excited nak buat preparation beli barang-barang baby newborn, especially korang yang first time parent kan? Same goes to me but my husband yang paling excited. Kalau boleh semua benda dia nak beli.
Kitorang decided untuk beli barang-barang baby masa kandungan dah masuk 7 bulan. Ikutkan nak beli awal sebab senang nanti dah sarat memang tak larat dah nak mencari semua barang. Nak fokus untuk bersalin je.
Tapi macam biasalah kan, pantang orang tua-tua kita beli barang-barang baby awal sangat. Katanya nanti “baby boleh gugur”, “pantang larang orang lama” and the list go on. So, kitorang malas nak berhujah jadi ikutkan sahaja kata mereka.
Dekat mana nak cari barang-barang baby?
Saya beli barang-barang baby dari:
Baby expo – boleh tengok dan sentuh terus
Kedai fizikal – puas hati sebab boleh pilih size dan material
Online– JIMAT! Barang besar macam stroller dan car seat saya beli online. Harga jauh lebih murah.
Tips:
Barang besar: beli online (jimat banyak)
Barang kecil: beli di kedai (boleh tengok dan rasa sendiri)
So, what is the first time I do? Saya Google: “checklist barang baby newborn yang perlu dibeli”.
Tapi makin banyak saya scroll makin keliru pula saya. Banyak sangat list! Ada yang sampai 100 item lebih. Lepas baca pengalaman orang dan lalui sendiri, saya nak share senarai barang baby baru lahir yang betul-betul berguna, bukan sekadar trend.

Checklist barang WAJIB baby newborn:
Ini senarai barang yang saya beli dan sangat berguna.
1. Pakaian Asas
- Baju baby (lengan panjang, lengan pendek, sleeping suit, rompers, eyelet)
- Seluar baby
- Mitten, booties dan topi baby
- Swaddle / kain muslin
- Tuala
- Handkerchief / bib
- Baby laundry and detergent
2. Set mandian dan penjagaan kulit
- Baby bath tub
- Sabun & shampoo baby (saya guna Bzu Bzu – tak pedihkan mata)
- Minyak telon / cream (Tropika)
- Lotion baby
- Nail clipper / trimmer
- Cotton ball / alcohol swab (untuk cuci tali pusat)
- Cotton buds (untuk bersihkan telinga)
3. Penjagaan Lampin
- Diapers
- Changing mat
- Wet wipes
- Nappy cream
- Changing diapers table
4. Tempat Tidur
- Tilam baby (tidak perlu bantal dan selimut)
Barang tambahan:
5. Untuk Breastfeeding & Pumping Mom
- Breast pump
- Nursing bra
- Nursing pad
- Colostrum collector
- Botol susu
- Berus botol
- Milk storage
- Cooler bag
6. Untuk Travel
- Stroller
- Car seat
- Diaper bag
- Baby carrier or wrap
Bagi saya list dekat atas ni dah cukup untuk buat preparation baby newborn. Barang yang lain-lain boleh beli kemudian after baby dah lahir.
Tips pilih barang baby: Wajib atau Boleh Tunggu?
- Jangan beli semua sebelum bersalin. Banyak barang boleh beli selepas tahu baby sesuai atau tak.
- Elakkan beli banyak sangat size newborn sebab baby cepat besar.
- Barang macam sterilizer, baby bouncer, warmer – boleh beli lepas baby baru lahir dan dah tahu rutin baby.
Okay story time.
1. Baju Baby – Tak Perlu Banyak!
Baju baby boleh beli dalam 7 helai dulu yang size NB. Kalau musim panas better beli yang lengan pendek dan jenis eyelet tu lebih. Lagipun baby sekarang tak suka dibedung. Asal bedung je dia meronta-ronta.
Kalau baby nampak tanda2 bintik dan ruam merah, mommies jangan panic yaa. Macam pengalaman sendiri dulu, memang panic then terus gi klinik. Doktor cakap tu memang common untuk baby especially bila cuaca atau keadaan sangat panas. Elakkan guna pedung all day.
Bedung time tidur jela untuk elakkan dia terkejut masa tidur (moron reflex masa baby agak kerap). Oh yaa! Kalau baby kena jaundice pun kalau boleh elakkan berbedung. Ini apa yang nurse KK nasihatkan saya haritu.
2. Barut Baby – Perlu Ke?
Mesti ada yang tertanya-tanya kan kenapa takda barut baby? Boleh kalau nak pakai, tapi selepas tali pusat baby tertanggal. Macam saya ada je beli dalam 2-3 helai sebab again orang tua-tua akan bising kalau tak ada benda tu. Jadi saya pakaikan bila mereka ada sahaja tapi most of the time tak pakai pun sebab masa berpantang haritu cuaca extreme panas. Macam tak sesuai pula baby nak pakai berlapis-lapis. Rasanya dalam 3 kali je kot saya pakai.
3. Tuam Baby – Boleh Skip
Tuam baby wajib ke? Sebenarnya tak perlu beli pun tak apa. Just pakaikan minyak telon lepastu buat urutan I LOVE YOU dekat perut baby pun dah cukup sebenarnya. Masa saya pergi antenatal class pun nurse dah inform tuam tak perlu.
Tapi again disebabkan orang tua-tua cakap benda tu wajib so saya pun beli. Nanti kalau tak beli boleh jadi anak derhaka pula. Dilemma kita dibuatnya. Saya bukanlah ibu yang terlalu moden sampai cara tradisional saya ketepikan terus. Cuma ada sesetengah perkara yang boleh kita guna dan ada yang tak perlu.
4. Changing Table – Lifesaver!
Benda yang paling saya tak menyesal beli ialah changing diapers table. Masa bersalin haritu saya kena czer jadi dengan ada nya changing table ni memang sangat membantu. Tak adalah rasa perit sangat bila nak tukarkan diapers or pakaikan baju baby. Cuma bila baby dah start meniarap agak susah sikit nak buat dekat table tu. Hehehehe.
5. Baby Cot – Tak Guna Pun
Kalau baby cot saya tak beli sebab my cousin bagi pinjam. Nasib baiklah saya tak beli sebab tak pakai sangat pun. Maybe ada cakap tak training dia dari awal memanglah. One of the reasons is bilik tidur saya agak kecil jadi ruang memang tak ada untuk baby cot.
Baby cot hanya guna waktu siang je dan akhirnya kami pulangkan semula dekat cousin sebab makan ruang dekat ruang tamu. Rumah kita comel je. Memang plan awal nak ajar baby tidur dekat baby cot tapi akhirnya baby co-sleeping dengan kami.
6. Tali Pusat Baby
Cotton ball tu pulak nak guna bila? Guna masa nak cuci tali pusat baby. Nanti masa discharge, hospital akan berikan satu botol cecair untuk cuci tali pusat baby. Kalau dah habis boleh gunakan alcohol swab untuk cuci.
Macam baby saya cukup 2 minggu baru tertanggal. Lama juga menunggu nak tertanggal tu. Cuci 2 kali sehari untuk elakkan ada jangkitan dan bernanah. Awal seminggu tu my husband yang cucikan sebab saya rasa macam takut jugalah nak cuci then minggu kedua saya kuatkan hati nak try cuci sendiri.
Make sure masa pakaikan diapers tu elakkan terkena tali pusat baby tu. Lipat sikit diapers tu. Kalau pakaikan barut pun sama. Just ikat tali atas je dulu.
7. Diapers – Jangan Beli Banyak Sangat
Diapers nak beli berapa banyak? Macam saya, beli sebungkus je dulu size NB (newborn) dan ada dapat few samples from few brands, so kitorang utilise betul2 sample free tu.
Try and error juga laa untuk tengok mana yang paling serasi dengan baby. Takut kalau beli banyak sangat size NB nanti pakai sekejap je sebab ada baby yang cepat besar. Tak sampai 2 minggu dah kena tukar size S pula.
Macam my baby almost sebulan juga pakai size NB sebab baby saya lahir kecil je dalam 2.68kg. Kebiasaannya size NB dekat bahagian depan tu dah ada macam potongan curved untuk elakkan terkena tali pusat baby.
8. Baby Wipes – Wajib Beli Lebih
Baby wipes kalau boleh beli lebih sebab kena kerap tukar pampers especially untuk newborn every 3 hours macam tu kena tukar untuk lebih keselesaan. Lagipun baby newborn kerap juga poop. So, better beli lebih untuk itu.
Saya harap perkongsian saya ini dapat membantu first time parents yang bakal menyambut baby newborn.
Saya juga ada buat senarai checklist lengkap untuk preparation barang baby versi printable.
Nak dapatkan checklist printable versi PDF? Klik sini
Kalau mommies and daddies rasa checklist ini membantu, jangan lupa share dekat kawan-kawan yang tengah buat preparation juga ya!