Skip to content

Keyraa Sidin

Stories of motherhood, self-love and all things in between.

Menu
  • Home
  • About Me
  • Contact Me
Menu

Kembali Menulis Selepas 14 tahun — Now I Am A Mom

Posted on May 21, 2025May 21, 2025 by keyraa sidin

Assalamualaikum dan hello!

My name is Keyraa. Lama betul rasanya tak menulis blog. Last time saya menulis pada tahun 2011-2012 macam tu. Masa tu saya menulis pasal zaman universiti, curhat, dan banyak pasal random things. 

Blog lama?

Tak delete tapi saya dah lupa dulu guna emel apa. Nama blog pun mengarut segan nak metion dekat sini Mana yang ingat tu ingatlah kot. Biarlah ia jadi kenangan. Kadang tu saja je search blog lama, memang rasa nak delete je tapi dah lupa segala login details maka ku biarkan saja.

So, this time I’m back. Not as a anak muda yang selalu mengikut kata hati tanpa berfikir, but as a wife, a mother and a woman who still finding herself.

I am now a mummy to Saif, a very active baby, curious and who always makes me happy (sometimes boleh buat naik darah juga). Banyak yang saya rasa setelah menjadi mummy selama 10 bulan ni.

I am also a stay at home mom. I used to be a corporate girlie dulu but I resigned because a few factors (maybe I can write about it in another entry). Sekarang ni juga saya tengah explore about content creation, digital products and new things.

Saya sangat rindu nak menulis. Menulis buat saya rasa tenang sangat lagi-lagi bila ada bad mood days. Now, bila dah jadi mummy ni, lagilah banyak emosi dan perasaan yang tak dapat saya nak luahkan. So, I want to turn it into a story.

Saya cuba untuk menulis dari hati yang tulus ikhlas dan harapnya perasaan itu sampai kepada awak semua. Semasa menulis first entry ni pun saya rasa sebak sebab betapa lamanya saya tidak menulis blog padahal dulu inilah perkara yang paling excited nak buat setiap hari. Dan saya masih amazed yang saya boleh menulis lagi.

Blog ni adalah ruang untuk saya bercerita mengenai my motherhood journey, books that I have read, exploring to a new place, cafe hunting, baby food recipes and self-care.  Tak fancy, tak perfect, just real life and cozy. 

Thanks sebab singgah sini. I hope this blog boleh jadi ruang untuk awak berehat juga. Kalau awak juga ibu, bakal ibu atau wanita yang sedang mencari erti hidup, selamat datang.

So, macamana dengan awak? Ada pengalaman berhenti dan mula balik sesuatu hobi atau benda yang awak suka buat?

Jangan segan silu yaa untuk share dekat komen. I’d love to hear your stories too.

Category: Personal

2 thoughts on “Kembali Menulis Selepas 14 tahun — Now I Am A Mom”

  1. Aisyah Nur says:
    May 21, 2025 at 4:16 am

    Wah, lama betul tinggalkan dunia blogging! Blog lama saya pulak saya delete, hingga kini masih menyesal kenapa pi delete blog tu. Haiyaa…

    Reply
    1. keyraa sidin says:
      May 21, 2025 at 9:43 am

      Hehehehe.. takpa aisyah. ada hikmah tu kenapa terdelete blog lama.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hi, I’m Keyraa. A Malaysia based first time mom and a storyteller behind this blog. 

I started this blog as a little cozy corner to document my motherhood journey with Saif, books that I have read, share baby food recipes, self-improvement, and maybe sneak in a little travel or café hunting story once in a while.

© 2025 Keyraa Sidin | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme